Bagaimana untuk Bermula

Setiap peniaga yang berjaya bermula sebagai 'newbie' (pedagang baru) dan belajar berdagang dari mula mengenai asas perdagangan dan dari situ mereka menimba pengalaman sedikit demi sedikit. Bahagian ini mengandungi pautan ke bahagian lain di laman web syarikat yang menyediakan latar belakang dan maklumat pendidikan, butiran kenalan dan pelbagai maklumat lain. Kami berharap maklumat yang diberikan di bawah ini akan mempercepatkan proses untuk anda mengetahui perkhidmatan syarikat dan memberikan permulaan yang baik di pasaran mata wang.

Mulakan dagangan dengan InstaForex

Latihan Forex Tonton video

Video Pendidikan

Bahagian ini mengandungi video mengenai perdagangan dengan InstaForex dan teori perdagangan termasuk indikator teknikal, dan juga platform dagangan MetaTrader 5. Video pendidikan akan memberikan anda tip-tip yang berguna untuk meningkatkan kemahiran dagangan dalam tempoh yang paling singkat.

Latihan dagangan

Buka Akaun Demo

Akaun Demo menawarkan fungsi pendidikan; deposit adalah dalam dana maya, dan ia membolehkan seseorang pedagang itu melatih kemahiran perdagangan dan mendapatkan kemahiran profesional tanpa memikirkan risiko wang sebenar. Apabila berdagang dalam akaun demo, keuntungan dan kerugian hanya bersifat maya, manakala pengalaman berdagang adalah sama dengan situasi perdagangan sebenar. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan wang ke dalam akaun demo dengan mengambil bahagian di dalam peraduan InstaForex dan menerima hadiah wang sebenar ke dalam akaun dagangan. Setiap langkah pembukaan akaun demo akan diterangkan secara menyeluruh di bahagian ini.

FAQ

Apabila anda mendapat tahu mengenai perkhidmatan syarikat atau semasa berkerja di dalam pasaran, anda mungkin akan mempunyai persoalan atau berhadapan dengan masalah teknikal. Anda berpeluang untuk mendapatkan jawapan untuk kesemua persoalan anda di bahagian ini di mana anda boleh menemui jawapan komprehensif yang dihantar oleh pakar-pakar sokongan InstaForex untuk soalan-soalan yang paling kerap ditanya daripada pengunjung laman web. Bahagian FAQ sentiasa dikemas kini dengan jawapan yang terbaru untuk soalan-soalan anda.

Perpustakaan InstaForex

Di Perpustakaan InstaForex, sastera profesional adalah yang paling disyorkan untuk anda baca. Di sini, anda akan menjumpai buku-buku popular dan berguna yang dikhaskan untuk pelbagai aspek perdagangan dan beroperasi di pasaran tukaran mata wang asing pada keseluruhannya. Perpustakaan InstaForex memberi manfaat kepada kedua-dua jenis pedagang, baru dan juga profesional.

Glosari

Glosari mengikut abjad dan takrifan istilah adalah yang paling banyak digunakan di laman web, yang akan membantu anda untuk mengenali dan memahami perkhidmatan perdagangan yang ditawarkan oleh syarikat. Kini Glosari mengandungi lebih daripada 60 istilah beserta dengan definisi yang lengkap untuk para pelanggan mendapatkan pengetahuan asas pasaran. Untuk pemahaman yang lebih baik daripada segi asas, anda boleh mendapatkan artikel penuh di bahagian yang sama pada laman web dengan mengikuti pautan yang diperlukan.

Katalog Forex

Bahagian ini dikhaskan untuk sumber khusus yang mengandungi maklumat berguna untuk pembangunan profesional pedagang. Bahagian ini memberikan lebih daripada 25 laman web khusus yang dibahagikan kepada topik-topik berikut: isyarat perdagangan, sumber Forex popular dan sumber teknikal untuk pedagang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjasama dengan syarikat atau memohon untuk meletakkan sumber Forex anda pada katalog rasmi InstaForex, anda boleh menggunakan e-mel yang disediakan pada bahagian ini.

Bagaimana untuk berdagang forex

Sistem PAMM

Sistem InstaForex PAMM menawarkan peluang untuk mendapat keuntungan yang stabil melalui pelaburan kolektif dalam akaun pedagang tertentu. Pelaburan pedagang yang menerima pelaburan sahaja boleh menggunakan dana itu untuk berdagang dan membuat keuntungan dalam pasaran Forex. Sekiranya perdagangan itu membawa keuntungan, setiap pelabur secara automatiknya akan menerima bahagian mereka yang berkadaran dengan nilai pelaburan. Selain daripada pelabur dan pengurusan pedagang, anda juga boleh menjadi agen dalam sistem PAMM untuk menarik pelaburan ke akaun pedagang yang berjaya dengan nilai keuntungan yang telah ditetapkan.

Support Contacts Info

Bahagian ini menyediakan senarai kenalan di Jabatan Sokongan InstaForex. Pasukan sokongan InstaForex amat berbesar hati untuk memberikan cadangan mengenai produk dan perkhidmatan syarikat kepada para pelanggan. Anda berpeluang untuk mendapatkan khidmat sokongan teknikal atau khidmat rundingan melalui nombor bebas tol secara percuma atau Internet dengan memilih salah satu daripada pilihan komunikasi berikut: e-mel, Yahoo Messenger, Skype, ICQ, MSN, Google Talk, Mail.ru agent dan AOL IM. InstaForex sentiasa ada untuk membantu anda!

Pejabat Perwakilan

Rangkaian pejabat perwakilan InstaForex merangkumi lebih 260 buah pejabat di seluruh dunia, termasuk ibu pejabat dan dua pejabat cawangan di Rusia. Tahap kualiti kerja setiap pejabat perwakilan memenuhi standard tertinggi. Di pejabat-pejabat perwakilan InstaForex, anda sentiasa boleh mendapatkan khidmat rundingan terperinci mengenai dagangan kewangan dan mengambil bahagian dalam kempen promosi yang ditawarkan. Anda juga boleh meningkatkan tahap kemahiran dagangan anda di InstaForex Professional Trading Academy di Moscow di mana anda boleh mengikuti seminar pengenalan percuma dan mendaftar untuk mengikuti kursus latihan profesional, atau mendapatkan rundingan secara individu.

Forex di peringkat permulaan

Forum

Forum portal dagangan MT5 adalah merupakan sebuah platform komunikasi mudah untuk semua peniaga. Di bahagian forum, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai strategi perdagangan, membincangkan berita ekonomi, keunikan niaga hadapan dan perdagangan CFD, ciri-ciri pasaran saham, serta mendapatkan nasihat mengenai sistem perisian atau pembayaran. Setiap hari, beribu-ribu pedagang telah mengambil bahagian dalam perbincangan isu-isu hangat. Oleh itu, setiap pengunjung, tidak kira tahap pengalaman perdagangan dan pilihan pasaran, boleh mendapatkan maklumat yang berguna.